PIAGAM PELANGGAN
Kami menjanjikan perkhidmatan yang cemerlang kepada para pelanggan kami untuk;
Menyimpan, memulihara dan menjaga Rekod-Rekod Awam khasnya yang bertaraf Arkib Awam yang diperolehi mahupun disumbangkan secara sukarela kepada Arkib Negeri Sabah;
Memberi khidmat nasihat mengenai kaedah dan tatacara pengurusan terkini berkaitan Pemeliharaan serta penjagaan Rekod Awam iaitu sebagaimana ditetapkan mengikut piawaian keArkiban Antarabangsa;
Menyediakan kemudahan Khidmat Rujukan serta Kaji Selidik kepada orang awam khasnya para penyelidik dan penuntut-penuntut Pengajian Tinggi; dan
Menyediakan fakta sejarah dan dokumentasi peristiwa bersejarah sebagai rujukan para penyelidik dan generasi akan datang.
![]()
