SENARAI PENGARAH-PENGARAH JABATAN ARKIB NEGERI SABAH

Shirley Sion
1 Disember 2022 – Kini

Majella Tan Marquez
8 Oktober 2018 – 31 November 2022

Datuk Datu Tigabelas Datu Zainal Abidin
Mac 1999 – September 2011

Datuk Haji Mohamad Said Hinayat
Jun 2014 – Oktober 2018

Datuk Haji Majin Haji Ajing
Jun 1998 – Januari 1999

Encik Sairin Melin
November 2011- April 2014

Ismail Abdullah
Mac – Mei 1998

Mansur Asun
Februari 1997 – Mac 1998

Mohd. Yassin Isa
1995 – 1996

Joanna K-Kissey
1993-1995

Patricia Regis
1987 – 1992

Anwar Sullivan
1980-1987
SEJARAH ARKIB NEGERI SABAH
Arkib Negeri Sabah adalah Arkib yang pertama ditubuhkan pada tahun 1946 dan yang kelima di Negara Asia Tenggara selepas Indonesia (1811), Cambodia (1911), Laos (1917) dan Vietnam (1945).
1946
Pada 15 Julai, Bridgedier Jeneral Charles Mascaskie daripada British Military Administration (BMA) memberi arahan untuk menyelamatkan dan memelihara semua rekod penting daripada Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dan Perang Dunia Kedua.
1957
Pekeliling Ketua Setiausaha rujukan C.401/2/10-x/c kepada semua residen dan Ketua Jabatan memaklumkan tentang pemindahan rekod-rekod Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dan Perang Dunia Kedua serta penubuhan North Borneo Central Archives (NBCA).
1965
Rekod-rekod NBCA adalah di bawah jagaan Muzium Sabah dan kebenaran rujukan rekod-rekod diberikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.
1980
Arkib Negeri telah ditubuhkan di bawah kuat kuasa Enakmen Arkib Negeri No.9 1980 dan diletakkan di bawah jagaan Ketua Menteri.
1984
Arkib Negeri bergabung dengan Muzium Sabah dan dikenali sebagai Jabatan Muzium dan Arkib Negeri Sabah di bawah Kementerian Belia dan Sukan.
1992
Arkib Negeri dan Muzium Sabah telah berpisah. Arkib Negeri berfungsi sebagai sebuah jabatan di bawah Jabatan Ketua Menteri sehingga kini.
2007
Enakmen Arkib Negeri No.9 1980 telah dimansuhkan dan diganti dengan Enakmen Rekod dan Arkib Negeri Sabah No.7 Tahun 2007 yang dikuatkuasakan pada 27 Disember 2007.
2009
Arkib Negeri telah diterima sebagai ahli dalam Southeast Asia Regional Branch of the International Council on Archives (SARBICA) dalam Category B sehingga kini.
2010
Di peringkat Antarabangsa, Arkib Negeri telah menjadi ahli di International Council on Archives (ICA) di bawah Category C pada tahun 1980 dan dinaik taraf ke Category A pada tahun 2010 sehingga kini.
![]()
