PERUTUSAN PENGARAH
Salam sejahtera dan selamat datang ke laman web rasmi Jabatan Arkib Negeri Sabah.
Laman web ini diwujudkan sebagai salah satu saluran untuk orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan fungsi, peranan dan perkhidmatan jabatan ini. Kami berharap platform ini dapat membantu memudahkan urusan serta menjadi rujukan kepada semua, sama ada agensi kerajaan, penyelidik mahupun orang awam.
Jabatan Arkib Negeri Sabah berperanan dalam mengurus, memelihara dan memulihara rekod awam serta bahan arkib yang mempunyai nilai sejarah. Usaha ini penting bagi memastikan setiap rekod dapat dijadikan bukti dan rujukan yang sah untuk generasi kini dan akan datang.
Seiring dengan perkembangan semasa, kami sentiasa berusaha menambah baik penyampaian perkhidmatan, termasuk melalui penggunaan teknologi digital agar lebih mudah diakses dan mesra pengguna.
Terima kasih atas kesudian anda melayari laman web ini.
Sekian, terima kasih.
Shirley Sion,
Pengarah Jabatan Arkib Negeri Sabah
![]()
