TAKLIMAT PENGURUSAN REKOD BAGI PEGAWAI REKOD JABATAN SIRI 2
đź“…8 Julai 2026 | Jabatan Arkib Negeri Sabah
Jabatan Arkib Negeri Sabah telah mengadakan Taklimat Pengurusan Rekod bagi Pegawai Rekod Jabatan Siri 2 pada 8 Julai 2026 bertempat di Balai Mat Salleh, Jabatan Arkib Negeri Sabah.
Taklimat ini melibatkan seramai 24 orang Pegawai Rekod Jabatan dan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman serta pengetahuan para peserta berkaitan pengurusan rekod yang sistematik dan teratur di peringkat Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Sabah.
Pelaksanaan taklimat ini merupakan salah satu usaha Jabatan Arkib Negeri Sabah dalam memperkukuh keupayaan Pegawai Rekod Jabatan serta memastikan pengurusan rekod dilaksanakan selaras dengan peraturan, prosedur dan amalan pengurusan rekod yang ditetapkan.
![]()
