LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR TINGKATAN ENAM, SMK KUDAT II KE JABATAN ARKIB NEGERI SABAH


đź“…29 Julai 2026 | Jabatan Arkib Negeri Sabah

Jabatan Arkib Negeri Sabah telah menerima kunjungan seramai 40 orang peserta terdiri daripada 35 orang pelajar dan 5 orang guru/kakitangan daripada Pelajar Tingkatan Enam, SMK Kudat II.

Para peserta telah mengikuti taklimat mengenai peranan dan fungsi Jabatan Arkib Negeri Sabah yang disampaikan oleh Encik Mohd Iqbal bin Maidin, Ketua Bahagian Pusat Sumber. Lawatan turut melibatkan kunjungan ke Bahagian Pemuliharaan dan Reprografi bagi menyaksikan demonstrasi pembaikan dokumen serta lawatan ke Bahagian Pusat Sumber.

Lawatan ini memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kepentingan pemeliharaan bahan arkib dan peranan Jabatan Arkib Negeri Sabah dalam memelihara khazanah sejarah negeri.

Loading

wpChatIcon
wpChatIcon
↑