MESYUARAT JAWATANKUASA PEGAWAI REKOD JABATAN PERINGKAT KERAJAAN NEGERI SABAH BIL.27 SIRI 1/2026
đź“…9 Julai 2026 | Raia Hotel
Jabatan Arkib Negeri Sabah telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pegawai Rekod Jabatan Peringkat Kerajaan Negeri Sabah Bil. 27 Siri 1/2026 pada 9 Julai 2026 bertempat di Raia Hotel, Kota Kinabalu.
Mesyuarat ini melibatkan penyertaan seramai 147 Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Sabah dan menjadi platform bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan pengurusan rekod di peringkat Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Sabah.
Pelaksanaan mesyuarat ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama serta meningkatkan kefahaman Pegawai Rekod Jabatan dalam memastikan pengurusan rekod dilaksanakan secara sistematik, cekap dan teratur, selaras dengan peraturan dan prosedur pengurusan rekod yang ditetapkan.
Mesyuarat ini turut mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Arkib Negeri Sabah dalam memperkasakan tadbir urus dan pengurusan rekod kerajaan bagi memastikan rekod yang mempunyai nilai pentadbiran, perundangan dan sejarah dapat diurus serta dipelihara dengan sewajarnya.
![]()
