PROGRAM CERAMAH & DEMONSTRASI KEBAKARAN BERSAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SABAH
📅22 – 24 Jun 2026 | Balai Mat Salleh, Jabatan Arkib Negeri Sabah
Jabatan Arkib Negeri Sabah telah mengadakan Program Ceramah dan Demonstrasi Kebakaran bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah pada 22 hingga 24 Jun 2026 bertempat di Balai Mat Salleh, Jabatan Arkib Negeri Sabah.
Program ini melibatkan penyertaan semua warga kerja Jabatan Arkib Negeri Sabah dan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan serta kesedaran warga kerja mengenai aspek keselamatan kebakaran, langkah-langkah pencegahan dan tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kejadian kebakaran.
Program turut merangkumi sesi ceramah dan demonstrasi berkaitan kaedah penggunaan peralatan pemadam api serta tindakan awal dalam menghadapi situasi kecemasan kebakaran.
Pelaksanaan program ini diharap dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan kesedaran warga kerja terhadap aspek keselamatan, khususnya dalam memastikan keselamatan pegawai, pengunjung serta bahan dan khazanah arkib sentiasa terpelihara.
![]()
